DirectoryPersonalBlog Details for "Nukilan Jejari Azhad"

Nukilan Jejari Azhad


Nukilan Jejari Azhad
Ini merupakan coretan yang aku luahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada. Hanya cetusan pendapat peribadi insan bernama Azhad.
Articles: 1, 2, 3, 4

Articles

40 Orang Terkaya Malaysia Menurut Forbes Asia
2008-05-23 14:24:00
Tan Sri Robert Kuok terus mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru oleh Forbes Asia . Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar, telah berjaya meningkatkan nilai bersih asetnya daripada AS$2.4 bilion tahun lepas kepada mencecah AS$10 bilion.Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.Individu ketiga terkaya dalam senarai ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng yang menduduki tempat keempat tahun lepas tetapi dengan melonjaknya prestasi gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya telah meningkat daripada AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada jutawan perjudian terkenal...
Tun Dr Mahathir Mohamad Keluar UMNO
2008-05-20 05:05:00
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, telah mengumumkan keluar daripada parti itu pada hari Isnin 19 Mei 2008. Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.Dr Siti Hasmah turut keluar partiBeliau akan berada di luar sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan. Beliau juga meminta ahli Umno yang sayangkan parti, mengambil tindakan yang sama untuk keluar parti dan menyertai semula Umno apabila Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatannya.Dr Mahathir membuat pengumuman ini di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel. Majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk...
Kembalikan Hak Palestin
2008-05-15 03:33:00
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.Nakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk ...
Sajak Hari Guru
2008-05-13 10:46:00
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.Sambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Cemerlang Negara Terbilang manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Modal Insan Gemilang.Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru untuk tatapan dan renungan bersama.Abadi Dalam Harum NamaGuru pendidik muliasudah berabad lalubermandi keringatmeniti gigi harimendaki puncak tinggidi merata lurah dan denaimenabur baktitanpa mau dipeduli.Guru pendidik mu...
Sajak Untuk Ibu
2008-05-07 10:05:00
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.Gugurnya Kelopak Itu...Tunas itu mula bercambah,Sekian lama tertanam di pelosok gentian,Menjalar robek sinar mentar,Walau halangan datang menerpa.Tunas itu mula berkembang,Kembangnya sekuntum mawar,Bagai si puteri bangkit beradu,Walau saingan menyerang tiba.Si mawar mula mewangi,S...
Akademi Nasyid
2008-05-05 05:14:00
Program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.uji bakat berakhir 8 JunProgram yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella d...
Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2007
2008-04-30 06:44:00
Hari ini adalah hari terakhir untuk individu pemastautin dan bukan pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan untuk menghantar borang cukai pendapatan masing-masing. Begitu juga untuk mereka yang dikategorikan dalam Harta Pusaka, Pertubuhan dan Keluarga Sekutu Hindu yang tidak menjalankan perniagaan, hari ini 30 April 2008 adalah hari terakhir untuk mengembalikan borang cukai pendapatan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).e-Filing 30 Apr 2008Cara yang paling mudah untuk mengembalikan borang cukai pendapatan adalah dengan menggunakan perkhidmatan e-filing. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan perkhidmatan e-filing ini adalah mendapatkan Sijil Digital dan mendaftarkannya.Permohonan Sijil Digital dengan mendapatkan nombor pin boleh dibuat melalui surat, faks atau e-mel tetapi cara ini hanya boleh digunakan sehingga 25 April sahaja. Nombor pin ini juga boleh diperolehi pada borang cukai pendapatan yang dihantar secara pos oleh LHDNM. Cara terakhir ialah ...
Larian Obor Olimpik Beijing
2008-04-22 21:16:00
Larian Obor Temasya Olimpik Beijing yang melambangkan keazaman sejagat berlangsung meriah di sekitar bandar raya Kuala Lumpur disambut dalam suasana harmoni oleh rakyat Malaysia pada 21 April 2008. Selain sedikit kekecohan kecil di Dataran Merdeka semuanya berjalan dengan lancar.Obor Sukan Olimpik Beijing tiba dari Bangkok awal pagi 20 April, untuk peringkat ke-14 persinggahannya di Kuala Lumpur, yang menjadi simbol kepada keharmonian temasya ini yang akan dilangsungkan di Beijing, Ogos ini.Larian obor sejauh 16.5 kilometer ini bermula di Dataran Merdeka melalui beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, antaranya Jalan Duta, Jalan Syed Putra, Jalan P. Ramlee dan Jalan Sultan Ismail sehingga berakhir di KLCC, membabitkan sejumlah 80 pelari terdiri daripada orang kenamaan, personaliti terkemuka serta atlit.Larian itu juga melalui beberapa kawasan bersejarah di Malaysia antaranya, Muzium Negara, Masjid Negara, Stadium Merdeka dan Menara Kuala Lumpur.Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ...
Melanjutkan Pelajaran Selepas SPM
2008-04-16 07:27:00
Hari ini keputusan kemasukan ke matrikulasi anjuran Kementerian Pelajaran bagi sesi 2008/2009 sudah boleh disemak. Seramai 26,000 orang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 akan diberi peluang untuk mengikuti program matrikulasi ini. Di samping itu keputusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran yang dianjurkan oleh pelbagai pihak akan turut mula diumumkan.asasi & matrikulasiBegitu juga peluang untuk mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi melanjutkan pelajaran ke luar di peringkat ijazah pertama menjadi idaman ramai para pelajar. Bagi tahun ini seramai 2,000 orang pelajar cemerlang SPM 2007 akan ditawarkan biasiswa JPA ini. Khabarnya jumlah perbelanjaan yang dijangkakan untuk menampung 2,000 orang pelajar ini sepanjang tempoh pengajian mereka nanti adalah RM 1.74 bilion.Manakala sebahagian besar lagi pula akan menantikan keputusan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) samada bagi program asasi maupun diploma. Sebanyak 13 buah IPTA yan...
Muhamad Asmawi Jalaludin
2008-04-11 04:43:00
Muhamad Asmawi Jalaludin atau Awie telah dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi ke rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter di Lot 127, Jalan Permai Tujuh, Lembah Pantai pada petang 9 Mac lalu.Minggu ini genaplah sebulan Asmawi yang berumur 11 tahun hilang. Setakat ini pihak polis masih tidak mendapat sebarang petunjuk atau maklumat terbaru daripada orang awam. Proses mencari Asmawi kini telah masuk ke fasa ketiga di mana operasi mencari kini berfokus di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah dan taman permainan di sekitar Lembah Klang.hilang 9 Mac 2008Muhamad Affiz Muhamad Noor salah seorang rakan Awie berkata dia bersama Muhamad Asmawi dan seorang lagi rakan menyertai pertandingan mewarna anjuran restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken pada hari kejadian. Mereka berpisah ketika perjalanan pulang dan dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.Muhamad Asmawi ...
PC Fair 2008
2008-04-04 05:59:00
PIKOM PC Fair yang pertama bagi tahun ini bermula hari ini di Johor Bahru, Taiping, Kuching, Sandakan dan Tawau. Sebenarnya PC Fair anjuran PIKOM ini diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember. Oleh itu jika tidak berpeluang untuk datang kali ini, anda boleh pergi di bulan Ogos atau Disember nanti.Berikut adalah tarikh dan lokasi PC Fair 2008 yang akan berlangsung dalam bulan April ini;4 - 6 April 200811:00 am - 9:00 pm Persada Johor International Convention Centre, Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru, JohorDewan Perbandaran Taiping, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, PerakPermata Car Park Building, Level 5, Jalan Padungan, 93100 Kuching, SarawakDewan Masyarakat Sandakan, Jalan Leila, 90000 Sandakan, SabahDewan Masyarakat Tawau, Jalan Bakau, 91000 Tawau, Sabah11 - 13 April 200811:00 am - 9:00 pm KL Convention Centre, Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala LumpurStadium Indera Mulia, Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh, PerakBerjaya Megamall, Jalan Tun Isma...
Tarikh Baru PMR
2008-04-03 10:19:00
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 telah diubah tarikhnya sekali lagi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, jadual peperiksaan PMR telah diubah selepas mengambil kira kebimbangan, keprihatinan dan pandangan pelbagai pihak mengenai jadual waktu berperingkat sebelum ini.PMR 13-17 OktTarikh baru peperiksaan PMR 2008 telah diubah kepada 13 hingga 17 Oktober depan, berbanding tarikh asal 13,14,15 Oktober dan 4,5 November. Sebelum ini, pelbagai pihak membantah tarikh asal peperiksaan PMR 2008 kerana jarak masa antara 13,14 dan 15 Oktober dengan 4 dan 5 November adalah terlalu panjang iaitu selama 19 hari dan ibu bapa bimbang ia boleh mengganggu fokus pelajar. Jadual baru PMR ini dianjakkan kebelakang pada minggu ketiga Oktober berbanding 1 hingga 5 Oktober pada tahun lalu, diputuskan selepas kajian semula LPM bersama pegawai kanan peperiksaan dan penilaian negeri. Tarikh baru bagi peperiksaan PMR 2008 dibuat bagi menja...
More About: Baru
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
2008-03-31 10:18:00
Satu temu janji yang tidak akan dilepaskan oleh mereka yang minat membaca adalah untuk melapangkan masa menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang saban tahun diadakan pada bulan April. Jika anda tidak minat membaca pun datanglah membawa anak-anak supaya dapat memupuk minat mereka membaca.Di pesta buku ini kita boleh mendapatkan bahan-bahan bacaan yang terkini dan berkualiti serta menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Pesta buku yang bermula 27 tahun dulu ini juga merupakan satu acara utama bagi industri buku di Malaysia.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 ini akan berlangsung seperti berikut;Tarikh : 4 - 13 April 2008Waktu dibuka;10.00 am hingga 7.00 pm (Isnin-Khamis)10.00 am hingga 10.00 pm (Jumaat-Ahad)Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala LumpurMasuk percuma.Selain pameran dan jualan buku, PBAKL 2008 juga menyediakan pelbagai program ilmiah dan aktiviti santai yang berkaitan dengan pembacaan, penulisan dan penerbitan. Di antaranya terma...
40 Terkaya Di Malaysia 2008
2008-03-25 10:00:00
Majalah Malaysia n Business keluaran Februari 2008 telah menyenaraikan 40 orang yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah pegangan saham yang dilaporkan di bursa saham dan lain-lain pegangan saham yang boleh dinilaikan pada 18 Januari 2008. Blog ini pernah juga memaparkan 40 orang terkaya di Malaysia pada tahun lepas berdasarkan kajian yang di buat oleh majalah Forbes. Terkini : Senarai 40 Terkaya di Malaysia 2008 oleh Forbes Asia.Tan Sri Robert Kuok orang terkayaBerdasarkan kedua-dua senarai tersebut Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien, 84, kekal sebagai orang terkaya Malaysia. Turut tersenarai Ong Beng Seng, jutawan harta yang kini tinggal di Singapura adalah orang yang bertanggungjawab membawa perlumbaan Formula One ke republik itu. Hanya ada dua orang wanita yang tersenarai iaitu Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah dan Puan Sri Chong Chook Yew.Manakala bumiputra yang berada dalam senarai tersebut adalah seramai 8 orang. Mereka selain daripada Raja Datuk Seri Eleena adal...
Maulidur Rasul 1429
2008-03-19 04:23:00
Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin. Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.12 Rabiulawal ~ 20 MacKelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbi...
Keputusan STPM, SPM & STAM 2007
2008-03-17 07:13:00
Pada minggu lepas tiga keputusan peperiksaan telah diumumkan. Bermula dengan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 11 Mac 2008. Disusuli pula dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 12 Mac 2008. Secara keseluruhannya pencapaian calon-calon ketiga-tiga peperiksaan ini boleh dibanggakan.Azali 20 1A & 1 2ASeramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon STPM 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.Enam belas orang pelajar STPM 2007 dari seluruh negara diumumkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Daripada jumlah itu, 11 calon mencatat keputusan gred A bagi semua k...
More About: Stam
Pilihan Raya 2008 Arus Perubahan
2008-03-12 06:18:00
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 12 telah pun berakhir dengan membawa satu perubahan kepada suara rakyat tentang siapa yang akan mewakili mereka di dalam kerajaan. Bermula dengan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen sehingga 5 negeri kini di bawah pemerintahan parti pembangkang. Berbagai reaksi boleh dilihat apabila angin perubahan atau tsunami pilihan raya ini melanda politik negara kita Malaysia.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Barisan Nasional hanya memperolehi 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3. Manakala PAS memperolehi 23 kerusi, PKR 31 kerusi dan DAP 28 kerusi. Sementara itu di peringkat negeri secara keseluruhan Barisan Nasional mendapat 307 kerusi daripada 505 kerusi. PAS pula 83 kerusi, PKR 40 kerusi, DAP 73 kerusi dan Bebas 2 kerusi. Lima negeri yang berjaya ditawan oleh parti pembangkang ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sebenarnya Wilayah Persekutuan Kuala...
More About: 2008
Pilihan Raya 2008 Jom Mengundi
2008-03-08 04:03:00
Bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari, hari ini telah tiba masanya bagi lebih 10 juta rakyat Malaysia yang telah berdaftar dan layak untuk mengundi. Sebenarnya beberapa hari yang terdahulu warga tentera dan polis telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka melalui undi pos. Proses undi pos ini telah dijalankan di kem, markas malah di ibupejabat polis dan tentera seluruh negara.Selamat MengundiParlimen kali ini telah dibubarkan paling awal dalam sejarah, ini telah menyebabkan pihak pembangkang mendakwa tujuan utamanya adalah untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada bertanding. Dato' Seri Anwar hanya layak untuk bertanding dalam pilihan raya selepas pertengahan April 2008 .Panamaan calon telah berlangsung pada 24 Februari lalu dan di hari tersebut Barisan Nasional telah memenangi 7 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri tanpa bertanding. Manakala PAS juga telah memenangi 1 kerusi Dewan Undangan Negeri.Semasa proses penamaan calon tersebut khabarnya...
Tarikh Umum Keputusan SPM dan STAM 2007
2008-03-03 17:57:00
Penantian dan debaran mereka yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun lepas akan terjawab pada minggu hadapan. Keputusan untuk kedua-dua peperiksaan ini akan diumumkan pada 12 Mac 2008 mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Manakala calon persendirian akan mendapat keputusan mereka melalui pos.12 Mac 2008Sementara itu pihak Kementerian Pelajaran akan membentangkan analisis untuk keputusan SPM dan STAM 2007 ini pada hari yang sama di Putrajaya. Peperiksaan SPM 2007 telah diduduki oleh seramai 439,255 orang calon yang boleh dibahagikan kepada 87.9 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran, 3.4 peratus calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan, 2.4 peratus calon sekolah swasta dan 6.3 peratus calon persendirian.Peperiksaan STAM pula hanya diduduki oleh seramai 6,552 orang calon sahaja yang melibatkan 13.4 peratus calon sekolah bantuan penuh kerajaan, 61 peratus calon sekolah agama kelolaan kerajaan negeri, 13.8 ...
More About: Stam
Nur Umaisarah Hilang Dan Dijumpai
2008-02-28 04:22:00
Nur Umaisarah Sameaun, 21, pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis menjadi perhatian orang ramai apabila beliau hilang semasa sedang menuruni Gunung Tahan pada 7 Februari 2008 lalu. Nur Umaisarah atau lebih dikenali sebagai Umai telah dijumpai 19 hari kemudian pada pukul 6.30 petang oleh seorang renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kuala Sungai Putih, Jerantut.Umai adalah salah seorang daripada kumpulan 36 pelajar termasuk pegawai pengiring yang menyertai program ekspedisi Gunung Tahan unit beruniform Komander Kesatria anjuran UiTM. Mereka telah mendaki Gunung Tahan pada 5 Februari serta bermalam di Kem Kor dan pada hari kedua, mereka mendaki lagi dan bermalam di Kem Botak sebelum meneruskan pendakian ke puncak keesokannya dan terus turun ke Kem Kor semula untuk pulang. Kehilangan Umai hanya disedari rakan-rakan ketika mereka tiba di Kem Kor dari puncak gunung, kira-kira jam 11 pagi, 7 Februa...
Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM
2008-02-24 16:53:00
Kementerian Pelajaran pada tahun lepas ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Baru -baru ini Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan tarikh baru untuk semua peperiksaan umum di Malaysia.Jadual baru peperiksaan tersebut adalah seperti berikut;Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Tarikh : 9, 10, 11 September 2008Penilaian Menengah Rendah (PMR)Tarikh: 13, 14, 15 Oktober 2008 dan 4, 5 November 2008Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Tarikh: 12 November - 6 Disember 2008Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Tarikh: 24, 25 Jun 2008Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Tarikh: 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008Tujuan utama anjakan tarikh peperiksaan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk membendung masalah ponteng sekolah yang berleluasa setiap kali selepas peperiksaan umum. Paling ketara ialah bagi peperiksaan PMR di mana ianya telah dibahagikan kepada dua iaitu pada pertengahan Oktober ...
More About: Stam
Sharlinie Mohd Nashar Masih Hilang
2008-02-20 23:27:00
Hari ini 21 Februari 2008 sudah lebih 40 hari Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun hilang di taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya. Pihak polis telah pun memberhentikan usaha mencari daripada rumah ke rumah tetapi cuma akan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima. Walaupun begitu ini tidak bermakna kes ini telah ditutup.di mana Sharlinie?Pada masa yang sama ibubapa Sharlinie, Mohd Nashar dan Suraya terus berharap semua yang berkenaan termasuk pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan orang ramai tidak berputus asa dalam usaha mengesan anak mereka. Setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan samada melalui risikan polis, cara tradisional dan pengedaran beribu-ribu poster tetapi tiada maklumat yang dapat membantu mengesan Sharlinie.Paling terbaru adalah serbuan pihak polis ke sebuah rumah di Flat Sri Sabah. Cheras, Kuala Lumpur setelah mendapat maklumat kemungkinan Sharlinie disembunyikan di situ. Walaupun begitu operasi yang melibatkan sekumpulan 20 pegawai dan anggota ...
Semak Daftar Pemilih
2008-02-17 01:53:00
Pilihan raya umum 2008 akan diadakan pada 8 Mac ini dan seramai 10,922,139 orang rakyat Malaysia adalah layak untuk mengundi pada hari tersebut. Mereka yang layak ini adalah rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftarkan diri mereka untuk menjadi seorang pemilih.03 8885 6600Bagi pilihan raya umum ke 12 ini daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 lalu akan digunakan. Ini bermakna hanya mereka yang telah mendaftar pada atau sebelum 31 Disember 2007 sahaja boleh mengundi. Manakala mereka yang mendaftar pada dan selepas 1 Januari 2008 terpaksa menunggu pilihan raya yang datang untuk melaksanakan hak anda.Bagi mereka yang telah berumur 21 tahun tetapi langsung tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih, anda tidak akan layak untuk mengundi. Sebenarnya mudah sahaja untuk mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pendaftaran boleh boleh dibuat di mana-mana pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau pejabat-pejabat pos berkomputer ata...
Pilihan Raya Umum 2008
2008-02-15 02:58:00
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa bagi Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan dengan tarikh penamaan calon pada hari Ahad 24 Februari dan tarikh pengundian pada hari Sabtu 8 Mac. Ini telah dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab. Rashid Ab.Rahman di satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.Pilihan raya umum 2008 ini akan melibatkan pertandingan untuk merebut sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat untuk Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk. Ini tidak termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana telah mengadakan pilihan raya negeri dalam tahun 2006.penamaan calon 24 FebruariPilihan Raya Umum Ke12 yang akan diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 ini memberi tempoh berkempen selama tigabelas hari. Ini sebenarnya tempoh yang paling lama berbanding dengan beberapa pilihan raya yang lalu. Pilihan raya umum 2004 dahulu cuma lapan hari, pilihan raya umum 1999 pula sembilan hari dan pilihan raya umum 1986, 1990 dan 1995, 10 hari....
Parlimen Dibubar Untuk Pilihan Raya ke 12
2008-02-13 15:03:00
Tanda tanya yang telah berlegar beberapa minggu kebelakangan ini telah terjawab pada tengahari 13 Februari 2008. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memilih tarikh ini untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 12 diadakan. Pengumuman ini telah dibuat pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung oleh televisyen dari pejabat beliau di Putrajaya.Pada masa yang sama semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak juga dinasihatkan agar dibubarkan supaya pilihan raya negeri boleh dijalankan secara serentak. Perdana Menteri telah mengadap Yang di Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin pada sebelah paginya untuk mendapat perkenan baginda.ini pilihan raya ke 12Satu penggal Parlimen bersamaan dengan lima tahun tetapi selepas pilihan raya umum 1969, Parlimen sering dibubarkan awal untuk mendapat mandat baru daripada rakyat. Begitu juga kali ini penggal Parlimen sepatutnya berakhir pada 16 Mei 2009 depan dan ini ber...
Ponteng Antara Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
2008-02-09 13:03:00
Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada pepeperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah.ponteng sekolahSalah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah te...
Uji Bakat Akademi Al-Quran 3
2008-02-04 17:49:00
Bermula dengan Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri sebagai juara Akademi al-Quran yang pertama dan diikuti oleh Anuar Hasin yang bergelar juara bagi musim yang kedua. Kini pencarian untuk peserta dan seterusnya juara bagi Akademi al-Quran musim ketiga telah pun bermula. Uji bakat rancangan Akademi al-Quran musim ketiga sedang berlangsung sekarang di beberapa lokasi.Berikut adalah senarai tarikh dan lokasi uji bakat untuk Akademi al-Quran 3;2 & 3 Februari 2008Perkampungan Hadhari, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu5 & 6 Februari 2008Balai Islam Kota Baharu, Kota Baharu, Kelantan9 & 10 Februari 2008Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah12 & 13 Februari 2008Dewan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang15 & 16 Februari 2008Dewan Masjid Negeri Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak18 & 19 Februari 2008Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor21 & 22 Februari 2008Masjid Al-Azim, Melaka24 & 25 Februari 2008Dewan Kompleks Agama Islam, Johor Bahru, ...
Sharlinie Lima Tahun Hari Ini
2008-01-30 16:20:00
Hari ini sepatutnya adalah hari yang menggembirakan bagi Sharlinie dan keluarganya. Lima tahun yang lalu pada hari ini Sharlinie telah dilahirkan. Setelah 21 hari kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini hilang belum ada lagi tanda-tanda dia akan dijumpai. Sudah puas ibu dan bapa Sharlinie merayu kepada orang yang bertanggungjawab menculik anak mereka supaya memulangkan semula Sharlinie.Tanpa sebarang majlis sambutan cuma ingatan kepada anak yang disayangi sahaja. Tiada kek, tiada hadiah, tiada suasana riuh suara kanak-kanak cuma rasa rindu dengan doa mengharapkan kepulangan yang dinanti-nanti. Ulangtahun kelahiran Sharlinie kali ini pasti menyayatkan hati keluarganya. Khabarnya majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan.Setakat ini beratus ribu poster telah diedarkan dan berbelas ribu rumah yang telah diperiksa. Liputan yang meluas media cetak dan elektronik memastikan semua rakyat Malaysia tahu bahawa seorang kanak-kanak berumur 5 tahun telah hilang. Talian khas 18...
More About: Hari
Suharto Meninggal Dunia
2008-01-28 13:38:00
Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah mengembuskan nafas terakhir di sisi enam orang anaknya pada pukul 1.10 petang 27 Januari 2008 waktu tempatan atau 2.10 petang waktu Malaysia akibat kegagalan pelbagai organ dalaman selepas keadaan kesihatannya berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.Pengumuman kematian Suharto telah dibuat oleh seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita dan bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia Moerdiono melalui siaran radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu. Haji Muhammad Soeharto atau Suharto telah dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Yogyajarta. Allahyarham Suharto telah berkahwin dengan Siti Hartinah atau Ibu Tien dan mempunyai enam orang anak iaitu Siti Hardijanti Rukmana atau Tutut, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Titiek, Hutomo Mandala Putra atau Tommy dan Mamiek.All...
Sharlinie Terus Dicari
2008-01-25 05:18:00
Sharlinie Mohd Nashar telah hilang lebih daripada dua minggu lalu berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Ketika itu dia sedang bermain dengan kakaknya Sharliena yang berusia 8 tahun. Sharlinie merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik, kakak sulongnya Nurul Amirah berumur 11 tahun.mungkin rambut dipotong pendekSehingga ke hari ini usaha untuk mengesan kanak-kanak berumur 5 tahun ini masih giat dijalankan oleh berbagai pihak. Walaupun begitu pihak polis masih belum lagi menjumpai sebarang petunjuk baru yang boleh membantu mengesan Sharlinie. Menurut pihak polis ada kemungkinan rambut Sharlinie telah dipotong pendek dan bulu keningnya dinipiskan bagi menyukarkan orang ramai mengenali rupa parasnya. Kaedah yang sama juga telah dilakukan kepada Nurin Jazlin sehingga dia sukar dikenali bila dijumpai.Di antara langkah yang sedang dilakukan oleh pihak polis ialah dengan memeriksa hampir 1,000 buah rumah sehari. Rumah-rumah yang diperiksa adalah yang terleta...
More articles from this author:
1, 2, 3, 4
128099 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2017