DirectoryHealthBlog Details for "Laman Kesihatan"

Laman Kesihatan

Laman Kesihatan
Informasi berkenaan kesihatan dari segenap aspek, sama ada fizikal, mental, rohani dan masyarakat.
Articles: 1, 2

Articles

Spinal stenosis Antara Punca Kaki, Tangan dan Leher jadi Kejang, Kebas
2008-03-20 10:47:00
Ruang tulang belakang sempit bukan penyakitBHJika anda pernah berasa kebas, lemah, kejang atau sakit pada kaki apabila menggerakkan bahagian belakang ketika duduk, mungkin anda berhadapan masalah ‘spinal stenosis’.Spinal stenosis bukan penyakit, ia merujuk kepada masalah penyempitan ruang tulang belakang. Apa saja punca penyempitan laluan tulang belakang (spinal canal) adalah spinal stenosis.Tulang belakang adalah garisan panjang terbentuk daripada 26 tulang. Ia membolehkan anda berdiri tegak atau membengkok. Tulang belakang juga melindungi saraf tunjang daripada tercedera. Mereka yang berhadapan dengan spinal stenosis bermaksud, tulang belakangnya menyempit pada satu atau lebih bahagian berikut iaitu ruang tengah tulang belakang, laluan saraf bercabang keluar daripada tulang belakang atau saraf antara tulang di tulang belakang (vertebra).Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Khaizatul Ezam Abu Bakar, berkata spinal stenosis adalah masa...
Apakah Itu Kolesterol?
2008-03-19 16:25:00
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.Kolesterol Jahat, Kolesterol BaikKolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah bol...
Ibu Sebar Bakteria, Virus kepada Bayi
2008-03-15 08:22:00
Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian.Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya.Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C.Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisn...
More About: Virus
Bagaimana Diagnosis Kemurungan (Depresi) Dibuat?
2008-03-13 19:41:00
Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial)."Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan, masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk bunuh diri.Simptom kemurunganRasa sedih dan lekas marah.Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.Kurang selera makan.Sukar tidur atau terlebih tidur.Pergerakan yang lembap.Keletihan dan kurang tenaga.Rasa bersalah.Sukar memberi tumpuan.Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.Fakta KemurunganSekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.Kemurungan lebih c...
More About: Diagnosis
Kenali dan Tangani Alahan Dengan Berkesan.
2008-03-09 20:15:00
Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 sele...
Abses Gigi - Gigi dan Gusi Bernanah
2008-03-07 18:06:00
DefinisiAbses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.Penyebab, Kejadian dan Faktor RisikoAbses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.Gejala-gejala gigi bernanahSakit gigi.Sakit gigi yang teruk dan berterusanSakit yang berdenyut-denyut.Sakit ketika menguny...
More About: Gigi
Penggunaan Terapi Gen
2008-02-21 20:33:00
Terapi gen merupakan satu kaedah rawatan pembetulan gen yang rosak bagi penghidap penyakit warisan. Kaedah ini mula digunakan dalam rawatan penyakit kurang daya tahan genetik (genetic immunodeficiency) yang dikenali sebagai kekurangan Adenosina Deaminase (ADA) atau ADA(-). Enzim ADA ini perlu bagi melengkapkan pembentukan dan perkembangan sistem imunisasi badan.Penyakit ADA(-)menyerang bayi yang baru lahir dan menyebabkan kematian. Bayi tersebut tidak mampu menghasilkan sistem antibodi dan imunisasi yang sempurna. Mereka mudah diserang penyakit seperti tetanus, difteria, penyakit jangkitan pernafasan, campak, dan pneumonia. Sesetengah pesakit pula langsung tidak mempunyai sistem antibodi dan imunisasi. Ini dikenali sebagai gabungan kurang daya tahan yang tenat (severe combined immunodeficiency - SCID). Biasanya, kanak-kanak yang mempunyai penyakit ADA(-)SCID sentiasa mengalami jangkitan virus, kulat, dan bakteria yang berulang-ulang serta mempunyai risiko jangkitan awal kanser yang ...
Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat
2008-02-17 07:03:00
Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk."Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan.Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senam...
More About: Anda
Lupus Sukar Dikesan, Tiada Penawar
2008-02-17 06:41:00
Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah 'systemic lupus erythematosus' (SLE) atau singkatnya Lupus .Sehingga kini, tiada ubat dan kajian mendalam bagi menangani lupus. Simptomnya yang menyerupai simptom penyakit lain turut menyebabkan pesakit tersalah diagnos. Jadi, tidak pelik walaupun lupus sudah dikenali dalam dunia perubatan sejak 1800, ubat-ubatan mengawal lupus masih 'dipinjam' daripada penyakit lain.Lupus sukar dikesan. Simptom utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan penyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Buat masa ini pesakit lupus tidak dapat diubati dan mungkin boleh membawa maut.Sampai bilakah senario ini akan berlanjutan? Adakah kerana pesakitnya hanya 5 juta di dunia termasuk 10,000 di Malaysia justeru, penyakit itu dipinggirkan. Lupus adalah penyakit yang menyerang individu berusia 15 hingga 44 tahun....
Adakah Ia Migrain atau Hanya Sakit Kepala?
2008-02-16 17:33:00
Sakit kepala? Jangan terburu-buru menganggapnya sebagai penyakit migrain dan mengambil ubat penghilang migrain. Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:Apakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?Apakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain. Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju. Bagi tujuan penyembuhan anda boleh mengambil ubat yang sesuai dengan dos dan dapatkan rawatan dokt...
Fakta tentang Jeragat dan Kulit
2008-02-14 17:37:00
Sejenis penyakit kulit.Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.KulitKulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelemba...
More About: Fakta
Cahaya Matahari, Faktor Genetik Punca Pigmentasi (Jeragat)
2008-02-14 17:28:00
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat, selain menjejaskan penampilan individu.Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher."Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil padakulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes."Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hit...
Beberapa Perkara yang Perlu Dititikberatkan dalam Pemakanan
2008-02-06 07:08:00
Ambil pelbagal jenis makanan sihat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, sayur daging merah dan putih tanpa lemak, ikan dan hasil tenusu rendah lemak.Elak mengambil makanan berlemak. Walaupun sesetengah jenis lemak itu perlu untuk menjamin kesihatan dan mengawal suhu badan, tetapi anda harus berhati-hati. Kebanyakan lemak dalam makanan bukan sahaja membuat anda gemuk, tetapi membahayakan kesihatan.Makanan yang kaya dengan lemak tidak tepu seperti adpokat, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun adalah balk. Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak omega-3 seperti dalam makanan laut.Kurangkan pengambilan makanan bergula. Makanan bergula biasanya tidak mengandungi khasiat pemakanan yang diperlukan oleh badan.Terlalu banyak gula mengundang risiko kencing manis. Sesekali, buat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Cara ini anda dapat merancang pemakanan atau diet dengan lebih baik dan sempurna.Pilih makanan yang mempunyai indeks gilsemik (GI) rendah seperti oat, kekacang, nasi, ...
More About: Yang
Kesan Buruk Seks Luar Tabie
2008-01-31 18:09:00
Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks 'anal' ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia.Baru-baru ini, Singapura mengisytiharkan seks oral dan seks 'anal' boleh dliakukan jika tiada paksaan, iaitu dilakukan secara rela. Tidak dinafikan, amalan seks 'anal' berlaku dan kajian yang pernah dijalankan di Jordan mendapati amalan perlakuan seksual itu antara suami isteri ialah lebih kurang 25 peratus.Laporan ini hanya daripada kes yang pernah dikendalikan seorang pakar seksologi tempatan Jordan dan bukan laporan nasional.Kemungkinan besar amalan perlakuan seks 'anal' di Malaysia lebih kurang sama dengan data Jordan dan mungkin lebih di kalangan mereka yang bukan Islam, kerana Islam mengharamkan hubungan seksual sebegini.Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan...
Amalan Kesihatan Untuk Mengelakkan Bayi Cacat
2008-01-19 18:32:00
Cacat atau tidak janin yang anda kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu anda sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya anda inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum anda merancang kehamilan sehinggalah anda benar-benar hamil.Berhenti MerokokRamai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya anda berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang anda kandung lahir dengan berat badan yang kurang.Makan Makanan SihatMakanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari anda perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.Elakkan AlkoholAlkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkoh...
SMART - Pengurusan Baru Asma
2008-01-17 16:00:00
Prof. Liam Chong-Kim.Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia.Batuk. Berdehit. Dada berasa ketat. Kesukaran bernafas. Ini merupakan beberapa gejala yang sering dijelaskan oleh Puan Aminah (bukan nama sebenar) dan ramai lagi penghidap asma - kadangkala setiap hari akibat kawalan asma yang tidak baik.Bagi Puan Aminah dan dua juta rakyat Malaysia yang menghidap asma, gejala-gejala ini telah menjadi kebiasaan serta cenderung meningkat sekiranya tidak dikawal dengan betul.Asma adalah keadaan di mana terdapat keradangan kronik pada saluran pernafasan. Apabila terdedah pada sesetengah penyebab alahan, saluran pernafasan membengkak dan sempit, menyebabkan gejala asma.Mereka yang menghidapi asma mengalami penderitaan pada kadar purata tiga hingga lima hari bagi setiap serangan akut di mana asma mereka tidak terkawal. Kenyataannya, lebih kurang 20 episod serangan asma dialami oleh setiap orang dewasa setiap tahun.Ini mungkin kelihatan sedikit, namun serangan ini amat melesukan bagi seorang pesaki...
More About: Smart , Baru
Gen Sebabkan Manusia 'Gatal'?
2008-01-17 15:48:00
Nature beberapa edisi terdahulu mendedahkan, gen menjadi punca kepada perlakuan seseorang menggaru tubuh mereka yang mengalami gatal-gatal terutamanya apabila ada orang lain yang membuatnya marah.Tikus yang digunakan di dalam eksperimen berkenaan, yang tidak mempunyai gen terbabit, didapati tidak menggaru-garu tubuhnya dalam situasi yang sarna."Ia suatu penemuan yang menarik kerana gatal merupakan satu fenomena biasa. Dan secara klinikalnya, ia juga satu masalah besar. Tetapi, tiada siapa tahu, gen yang mana satukah terlibat di dalam sensasi itu.Hasil kajian ini mencadangkan bahawa terdapat dua laluan berasingan yang menghasilkan rasa gatal. Selama ini, kita diberitahu bahawa kegatalan adalah sebahagian daripada kesakitan ringan," kata Prof. Madya Zhou-Feng Chen, pakar bius dari Washington University School of Medicine Pain Center.Kedua-dua kumpulan tikus dalam kajian bertindak balas dengan cara yang sama terhadap kepanasan, tekanan dan kesakitan. Bagaimanapun, tikus yang tidak memp...
Boleh Jadi Gemuk Kerana Kawan, Pasangan
2008-01-17 15:44:00
Salahkan kawan anda jika anda gemuk. Itu kesimpulan yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik di dalam The New England Journal of Medicine bahawa obesiti - seperti juga demam selesema yang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang - merupakan satu fenomena yang boleh merebak dengan cepat seperti virus.Rangkaian sosial seseorang individu seperti rakan-rakan di tempat kerja ataupun saudara-mara di persekitaran rumah boleh mempengaruhi risiko berat badan berlebihan."Peluang seseorang untuk menjadi obes meningkat lebih separuh (57 peratus) sekiranya dia mempunyai kawan yang obes, adik-beradik (40 peratus) dan pasangan (37 peratus)," kata pengarang bersama, James Fowler dari Harvard University dan Nicholas Christakis dari University of California, San Diego.Tambah mereka: "Seseorang itu cenderung menjadi obes disebabkan oleh perubahan norma atau gaya hidup. Mereka merasakan tidak mengapa menjadi gemuk kerana ramai orang gemuk di sekeliling mereka."Hasil kajian itu turut menyarankan, jika...
Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
2008-01-17 15:36:00
Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.Perubahan Cara HidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.PemakananPemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.SenamanSenaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.Penjagaan berat badanPesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila...
More About: Diabetes
Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Rawatan
2008-01-15 19:18:00
Rawatan Bagi Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariSeseorang wanita itu mungkin terpaksa melalui banyak ujian dan juga menerima lebih dari sejenis rawatan.Perawatan diri/perlakuan. Matlamat utama untuk mengenalpasti apa-apa yang menyebabkan kebocoran berlaku dan cuba untuk mengelakkannya. Mana-mana keadaan yang memberikan tekanan di dalam abdomen/dada, juga tisu-tisu penyokong organ-organ pinggul akan dikenalpasti. Pesakit di sarankan agar:Kurangkan berat badanMengelak dari sembelitHindari daripada mengangkat barang barang beratKurangkan minuman berkafeina seperti kopi, teh dan setengah setengah minuman bersodaMerawat penyakit paru-paru yang menyebabkan batuk keterlaluanBerhenti merokokLatihan terhadap pundi kencing juga di laksanakan. Pembuangan air kencing pada waktu yang ditetapkan seperti sebelum aktiviti senaman. Cuba lawan rasa hendak ke bilik air sekiranya perasaan itu berlaku pada waktu yang bukan dijadualkan. Kenal pasti juga pengeluaran kencing yang normal dan tidak ...
Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Diagnosis
2008-01-15 19:18:00
Diagnosis Bagi Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariDiari kencing. Dr. Shah Reza berkata, seseorang wanita yang disyaki menghidapi keadaan ini akan diminta merekodkan berapa kali ke bilik air, jenis minuman yang diambil, apa yang telah dilakukan hingga menyebabkan kebocoran atau kekerapan kencing."Isipadu air kencing juga diamati. Sebelum itu, sejarah kesihatan akan diteliti untuk memastikan tidak ada faktor luaran yang menjadi penyebabnya. Lain-lain termasuklah pemeriksaan pinggul, meneliti kelainan anatomi atau kecederaan yang mungkin berlaku."Ujian-ujian LainUjian ketegasan. Anda akan diminta batuk dan kebocoran air kencing direkodkan.Ujian pewarna. Pewarna yang selamat dimasukkan ke dalam pundi kencing dan sekiranya berlaku tompokan pada tuala wanita yang dipakai, bermakna ada kebocoran.Ujian urodinamik. Ujian terhadap isipadu dan tekanan di dalam pundi kencing semasa pengumpulan air kencing di dalamnya. Kadar pengosongan pundi kencing juga diteliti.Sistoskopi. Alat visua...
More About: Diagnosis
Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari - Punca
2008-01-15 19:18:00
Punca Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens UrinariInfeksi/jangkitan pundi kencing. Tanda-tanda penyakit seperti sakit untuk kencing, acap kali ke bilik air dan juga mungkin kehadiran darah di dalam air kencing. Infeksi pundi kencing dan juga uretra lazim berlaku pada wanita kerana struktur anatominya. Jangan bimbang, mereka ini mudah dirawati.Keteguhan tisu-tisu penyokong organ pinggul. Ini mungkin kerana faktor usia, kelahiran anak yang ramai dan juga mungkin kerana proses kelahiran itu sendiri, lambat laun akan melemahkan tisu-tisu penyokong di pinggul. Ini menyebabkan gangguan terhadap anatomi yang tidak selari.Keabnormalan sistem saluran kencing. Mungkin kerana kehadiran fistula iaitu pembukaan abnormal dari sistem kencing ke dalam faraj. Ini berlaku mungkin kerana pembedahan pelvik, proses kelahiran, rawatan radiasi, kanser di pinggul dan sistem perkumuhan air kencing.Permasalahan neuromuskular. Berlaku apabila isyarat dari otak dan korda spinal tidak berhubungan dengan organ-o...
Kencing Tidak Terkawal - Inkontinens Urinari
2008-01-15 18:34:00
Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor.Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains MalaysiaMemalukan. Tetapi, boleh dirawat. Inkontinens urinari bermakna anda tidak berupaya untuk mengawal pembuangan air kecil. Akibatnya, celana dalam dan pakaian anda basah dengan air kencing.Walaupun masalah ini menjejaskan jutaan orang, ia bukanlah sebahagian daripada penuaan yang semulajadi ataupun sesuatu yang normal di kalangan wanita disebabkan oleh proses bersalin atau menopaus.Hakikatnya, ia merupakan satu keadaan perubatan yang berpunca daripada banyak sebab - ada yang relatifnya mudah dan ada juga yang lebih kompleks. "Wanita lebih banyak mengalami ketidakupayaan pengawalan air kencing berbanding dengan lelaki. Tidak mengapa sekiranya sekali sekala berlaku insiden terkeluarnya air kencing."Tetapi sekiranya ia menganggu kehidupan seharian anda, jangan segan dan malu untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan permasalahan ini dapat dirawat. Jangan jadikan umur sebagai satu alasan," k...
Tip Penjagaan Jantung
2008-01-15 18:23:00
Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.Terdapat banyak c...
Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko
2008-01-13 16:30:00
Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.AnemiaKebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.RawatanCegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan d...
Beberapa Khasiat Anggur
2008-01-13 07:08:00
Kandungan vitamin C yang tinggi.Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.Mempunyal kalori yang rendah.Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Pencegahan Radang Ekzema
2008-01-13 06:58:00
Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak. Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan."Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun...
Keguguran Rambut Pola Lelaki (MPHL)
2008-01-10 20:52:00
Apa itu MPHL?MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah:Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala, juga boleh menyebabkan keguguran rambut.Masalah perubatan sedia ada. Penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme.Memahami Kitaran Pertumbuhan RambutTerdapat tiga peringkat k...
Selamatkan Anak-anak Daripada Penyakit Depresi
2008-01-10 20:04:00
Oleh Dr. Tam Cai LianFakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Petaling Jaya, Selangor"Cikgu tolonglah saya. Saya rasa nak mati sahaja. Kebelakangan ini saya tidak dapat belajar, tidak dapat tidur. Kehidupan sudah tidak bererti!". Begitulah keluhan dan aduan daripada seorang murid atau pelajar kepada gurunya.Bagi mereka yang profesionnya ialah guru, kaunselor, pensyarah, pakar psikologi ataupun pekerja sosial, pasti pernah menerima aduan yang sama. Dalam kebanyakan kes, pelajar sebenarnya menghadapi masalah depresi (kemurungan). Keadaan sedemikian menjadi agak lumrah terutama sekali ketika pelajar menghadapi peperiksaan. Apatah lagi dengan harapan yang menggunung tinggi daripada ibu bapa.Sejak di bangku sekolah rendah, anak murid telah disemai dengan ajaran bahawa keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa depan yang gemilang. Mereka belajar bermati-matian dengan harapan untuk memperoleh bilangan A yang maksimum. Namun hakikatnya, sistem pe...
Tip Mengekalkan Paras Kolesterol Yang Sihat
2008-01-10 19:57:00
Ikuti tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
More About: Yang
More articles from this author:
1, 2
127903 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2017